Saida’s Blog | Ok Lah Tu

~Official Site For Saida N Fans~

Nov
13
Posted by HeLi

Back 2 School With SAIDA

Bersempena Majlis Hari Lahir Saida, satu majlis akan diadakan, so semua warga SaidaFC di jemput hadir..

Berita Baik buat semua!!!! ..

KEPADA SESIAPA YG MEMBUAT PEMBAYARAN SEBELUM 24 NOV 2008.. DISCOUNT RM5 AKAN DIBERIKAN.. SO JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR ADALAH RM55.00.
Cepat2 rebutlah peluang ini..

*Kepada Kanak-kanak yang berumur bawah 12tahun bayaran separuh harga akan dikenakan (RM28 jee )

saidasaida

saida

JOM RAMAI2 KITE MERIAH KAN MAJLIS NI…

Back To School With Saida

Share This Post
Tags:
Nov
10
Posted by kai

Ayat-ayat Cinta…

Share This Post
Tags:
Nov
05
Posted by kai

Akan Datang!!

 

13Dec13DEC

Nantikan Kemunculannya!!

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik SINI 

Share This Post
Tags:
Sep
28
Posted by HeLi

Raya Di Ria Bersama Saida

rayaraya

  • CORAT CORET RAYA AF6 (RUMAH TERBUKA AF6)
    HARI RAYA PERTAMA
    ASTRO RIA (SALURAN 104),
    9.00 MALAM

 

  • KONSERT REUNION AF6 (KONSERT SUPERSTAR AF6)
    HARI RAYA PERTAMA
    ASTRO RIA (SALURAN 104), 1.00 PETANG

So,pade sape yg x pi belaye kemane2..hah..tggu ape lagi,bukak la astro tuh..

Salam Aidilfitri Dari Heli dan juge Warga Keluarga SaidaFC!!

OK LAH TU!!!

Share This Post
Tags:
Sep
27
Posted by saida

Salam Syawal

Salam Syawal

Assalamualaikum,

Banyaknya Orang Menghias Rumah
Dihias Dengan Si Bunga Hutan
Untuk Menyambut Hari Mulia
Sepurnama Kita Telah Berpuasa..

Saida ingin meyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan, kesilapan yang disengaja atau tidak tersengaja, terkasar bahasa menyinggung mana2 perasaan mahupun terperasan.. Almaklumlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan mahupun kesilapan.

Bersyukurlah ke hadrat Ilahi dengan nikmat yang telah diberi.

Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Selamat Selamat Hari Raya
Adik Kakak Serta Ibu bapa
Tahun Ini Kita Berjumpa
Bersyukurlah Kita Semuanya..

Saida,
Ok ke?
Oklah tue..

Share This Post
Tags:

 Ucapan Saida sempena menyambut bulan Ramadhan & Syawal

 

 

Share This Post
Tags:
Sep
13
Posted by kai

Berbuka Puasa Bersama Saida…

assalamualaikum…semalam baru je lepas berlangsung ”Majlis Berbuka Puasa Bersama Saida”.Alhamdulillah seramai 70 lebih orang yang dapat bersama-sama menghadirkan diri semalam.So dipendekkan cerita,Kak Saida bersama keluarga sampai dalam pukul 6.30 petang.Semua tengah kelangkabut seb baik eden yang sambut sebab sukuriti guard tengah kelam-kabut.So terus iring Kak Saida dan famili ke dalam dewan yang kiteorang sewa.Masuk-masuk je Kak Saida teros semua penembak-penembak tepat menembak Kak Saida dengan flash-flash.Abeh saket mata Kak Saida.Lepas je da selesai sesi bergambar pastu ade lah sebahagian yang menjalankan sesi autografi pulak sampailah masuk waktu berbuka puasa.

My Family…

 

Kita sain dulu…

Pose kat Banner…

Kiter autograph plak kat banner nie…

lepas autograph Pose dulu…

Habis je berbuka puasa aktiviti pon bermula.Aktiviti pertama adalah ucapan alu-aluan dari Wakil Saida FC dan Saida sendiri.

 

Ucapan sepatah dua kata tapi sengaja di lebihkan.. 

Lepas je habis ucapan Lucky Draw pon bermula.Nak tengok hadiah-hadiahnye??? mempersembahkan hadiah untuk Lucky Draw…

Lampu SAIDA!!!

 

Pemenang bertuah dari SNP

Pemenang dari SNP jugak ni da ngelat…

 

Pemenang Lucky Draw ke-3 hadiah diberi oleh Marsha

 

pemenang ke-4 hadiah diberi oleh Ika

 

pemenang ke-5 hadiah diberi oleh Marsha

 *Sebenarnye takde tempat-tempat just nk ikut susunan huruf…

 

satu lagi hadiah Lucky Draw.. 

Ada lagi satu hadiah yang di autograph oleh Marsha tapi tak dapat di kesan.Lepas je acara Lucky Draw,MC wat satu game ala-ala Kelab Pop..

 

Game show

 

Kumpulan Klok Klok Klok Klok

Sattle je game saat yang ditunggu-tunggu telah tiba.Kak Saida menyanyikan dua buah lagu iaitu Ku Mahu bersama 2 orang penari jemputan iaitu Beckham(dari DaVoM) dan Syad.

 

Ku Mahu
 Sedalamnya Cinta 

 Abeh je Kak Saida menyanyi wakil dari Saida FC menyampaikan cenderahati kepada Kak Saida.

 

Kad Raya gergasi yang telah di sain oleh semua Ahli Saida FC

Abang kita bubuh kat toilet lah kan sambil termenung boleh tengok muke sendiri..

Selesai sesi pemberian cenderahati aktiviti memotong kek berlangsung untuk ahli-ahli Saida FC yang menyambut birthday pada bulan September.

 

Ku Mahu… kena denda

 

acara memotong kek

selesai je acara memotong kek aktiviti bersantai bersama Kak Saida so semua yang hadir boleh bergambar bersama Kak Saida.

 

 

 

Abeh je aktiviti bersantai semua pon beransur pulang…

Ribuan Terima Kasih di ucapkan kepada Kak Saida dan Keluarga,Wakil dari SNP, Marsha, Ika,Ahli Komiti Saida FC dan semua yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Saida.Semoga dapat bertemu lagi di event-event yang akan datang..

Ok Lah Tu! 

 

    

Share This Post
Tags:
Sep
06
Posted by saida

Selamat Bersahur…

Saida mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat bersahur!! Jangan lupa sahur k.. dapat pahala tau orang yang bersahur ni.. lebih2 lagi kalau kita lewat kan waktu bersahur ni..
Sekian..
OK Lah tue.. huwargghhh!!

p/s camner ek nak letak pic sini..

HeLi : kikikik kak ida nie..sempat nak nanye..jap ku tepek gmbo mu disini..

ku nak bersahur..huk huk

~Jom sahur~

Share This Post
Tags:
Sep
01
Posted by kai

Marhaban Di Astro At JB Day 2

hellew…
eden kembali untuk review Marhaban Di Astro At JB Day 2..
hari kedua ni start lambat sket…
nk kol 2 lebih br start…
sebelum tu nk tunjuk kt korang gambar-gambar di dalam bilik kebal yang telah di ambil oleh Mizz P.A.


posing dulu sebelum naik stage…

comel tak kiter….

jejaka-jejaka tampan Marhaban Di Astro

gadis-gadis jelita Marhaban Di Astro

opening diek same gak mcm semalamnya…
semua menyanyikan lagu Tema Hikmah.


penuh penghayatan

bukan bace doa makan taw…

ku tunduk hanya kepadaMU

hari ni Kak Ida nyanyi lagu adiknya iaitu lagu Ku Mahu…
tapi di bantu oleh 2 orang penari yg ingin mengorat Kak Ida…
siapakah mereka ek??


Ku Mahu Kesetiaan Dan Kejujuran

Syawal dan Afiq kononnya nak mengorat Kak Ida

lepas Kak Ida wat show lps tu giliran 3 Diva Marhaban Di Astro membuat persembahan dengan lagu 2 Hati Jadi 1


dorang buat Ok Lah Tu…

hari ni pon ade game gaks…
kire game mcm Kelab Pop tu…
leader buat gaya pastu yang lain kene teka..
eden dalam team Syawal lawan ngan team Toi..
oleh kerana soalan diek lebeh kurang dengan soalan mase Makan Malam Bersama Astro tu…
like the kacang goreng le eden jawab…

*sori gambar tak ade kameraman xmo amek…

lepas je game tu di teruskan dengan persembahan artis-artis lain…
Kak Ida join kembali masa semua artis bergabung menyanyikan lagu Zapin Kesyukuran.


posing sebentar…

jom menanyi bersama saya…

jom berzapin…

di penghujung persembahan lagu yang sama gak macam semalam…
lagu 31 Ogos..


semangat kemerdekaan!

 selesai jek persembahan..
sesi artis bertemu peminat pon berlangsung..
so semua pakat beratur sebab nk bergambar dan mintak autograph…

 
bersama peminat setia dari semalam lagik…

ni pon peminat setia dari semalam

ok allz…
sampai disini sahaja…
jumpa nanti di Majlis Berbuka Puasa Bersama Saida…
Wassalam…

Share This Post
Tags:
Sep
01
Posted by kai

Marhaban Di Astro At JB Day 1

salam all..
sepanjang 2 hari Kak Ida berada di JB untuk menjayakan program Marhaban Di Astro…
so disini eden ingin menceritakan serba sedikit untuk semua peminat-peminat Kak Ida yang tak berkesempatan hadir di program tersebut…

eden sampai lambat sket dlm kol 1.30 tapi si Izanmohd da sampai awai..
so diek dapat lah merakamkan video Kak Ida tengah makan tengah hari bersama artis-artis Marhaban Di Astro yang lain..

*video akan di letak di sini.

so eden sampai2 jek tros gi makan kt Marybrown kt area dkt ngan pentas so kalo pape senang kite org nk menerjah..
habis jek makan perfect timing…
program pon bermula..

Persembahan pembukaan bermula dengan Lagu Tema Hikmah yang dinyanyikan oleh semua artis-artis Marhaban Di Astro.


persembahan pembukaan

abeh jer persembahan pembukaan, dorang masok bilik kebal…
kenape eden panggil bilik kebal sbb bilik tu dilindungi oleh brother-brother sekuriti yang berbadan sasa..
eden pon takot wooo… sekali kene ketuk mau boleh pengsam wooo…
hokey lah lps tu adalah persembahan dari artis-artis yang lain…
giliran Kak Ida adalah yang ke brape eden pon lope…
Kak Ida bawak lagu Sedalamnya Cinta.. dengar-dengar cite Mizz PA yang pakse soh bawak lagu tu…

*video akan diletakkan di sini..

 


Menyintamu disaat ini hingga keakhirnya nanti…

sempat pandang org kat atas lagi tu…

lepas persembahan-persembahan yang lain…
dorang buat satu permainan iaitu musical chair dimana eden telah di tarik keatas pentas oleh Faisal..
Kak Ida pon join time tu..
rase best la pulak dpt join…
tapi sayang Kak Ida x mo tolong eden…
tapi Ok Lah Tu dapat top 3…
dapat pass percuma untuk Makan Malam Bersama Astro..
pulak pass tu untuk meja no 6 yang maser tu Kak Ida pon kat meja no 6.


musical chair

Madam Saida

sattle jek musical chair…
persembahan-demi persembahan diteruskan semula…
Kak Ida muncul kembali masa semua artis-artis Marhaban Di Astro menyanyikan lagu Zapin Kesyukuran


Kak Ida berzapin…

lepas tu lagu last sekali semua menyanyikan lagi 31 Ogos..


jom kibar Jalur Gemilang…

habis je persembahan sesi artis bertemu peminat pon berlangsung…


bergambar bersama peminat

bersama peminat lagi..

oklah setakat tu je untuk Marhaban Di Astro Day 1…

 

Share This Post
Tags: